Forum.Alilmu.Com
Welcome, Guest. Please login or register.

06 September 2008, 12:05:17 PM

Ahlan wa sahlan, bagi pengunjung bisa mendaftar di sini, manfaatkan fasilitas Forum Alilmu untuk menjalin ukhuwah dengan ikhwah dari berbagai daerah, mari berbagi faedah dan saling menasehati di atas sunnah.


Pages: [1]
Send this topic | Print
Author Topic: Galakan Berkahwin  (Read 267 times)
suarapemuda
Warga Baru
*
Posts: 2


« on: 08 June 2008, 07:11:35 PM »

Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya hidup berkeluarga bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan dari segi fizikal, material, keagamaan dan kerohanian. Hidup berkeluarga dan berkahwin khasnya, dapat membantu seseorang mencapai kesempurnaan dalam agama serta merupakan suatu sunnah nabi dan nabi akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:

"Berkahwinlah kamu dan beranak-pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat yang lain di hari Akhirat nanti"

Berkahwin serta hidup berkeluarga juga merupakan fitrah yang dikurniakan oleh Allah swt semenjak Adam yang menjadikan manusia dan semua makhluk berpasang-pasangan. Perkahwinan juga merupakan suatu rahmat serta salah satu daripada tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah swt. Dimana dengan berkahwin, seseorang itu dapat menyalurkan kehendak fitrah mereka mengikut apa yang telah diharuskan oleh syara', seperti berkasih-sayang, mengadakan hubungan kelamin serta berbincang. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan Allah swt menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan(isteri) dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamuanak-anak dan cucu-cicit..... "
(Surah an-Nahlu ayat 72)

---deleted--
perhatian, kami tidak mengijinkan pranala website di bagian ini. baca kembali ketentuan posting. - admin
« Last Edit: 09 June 2008, 06:30:44 PM by Al-Ilmu.Com » Logged
Abulizz
Blogger Salafiyyin
Warga Rajin
*****
Posts: 25


Abulizz


WWW
« Reply #1 on: 20 August 2008, 03:28:47 PM »

Semoga Allah memudahkan
Logged
Pages: [1]
Send this topic | Print
Jump to: